Monday 19 December 2016

Kenapa Akak Jual KIMCHI


Asalamualaikum. Lama juga akak tak updated Blog ni. Hahha lama la sangat kan. Hari ini akak nak cerita sedikit macam mana terdetiknya idea untuk menjual Kimchi.

Awal tahun 2016, akak dan juga rakan sepejabat ke Tesco untuk beli stok “pantry”.  Masa di Tesco tu akak tengok Kicmhi. Nak beli, takut. Rasa was-was. Hahaha.. biasalahkan rasa was-was. Halal ke tidak. Tengok-tengok sahajalah. Akak dan rakan sepejabat, Kak Amnah pilih la barang-barang untuk stok ‘pantry”. Tetiba lepas bayar, akak terus kata dengan Kak Amnah. Kak kita meniaga nak.. hahahha. Sebab terfikir waktu tu, Kak Amnah pandai masak sambal ikan bilis. Mmg marbelous. Akak pun boleh masak sambal Ikan bilis. Tapi lain sedikit versinya. Sebab resepi ikan bilis tumbuk Mak sedap. Dari kecik akak makan.  Mula-mula idea tu  nak bergabung berniaga dengan Kak Amnah. Kak Amnah masak sambal ikan bilis versinya, akak tukang promosi sahaja. Hahaha.

Tapi disebabkan beberapa perkara, Akak dan Kak Amnah mula menjual sambal ikan bilis tapi dalam versi yang berbeza. Sambal Ikan bilis Kak Amnah agak kering, yang akak buat agak basah.  Sambal Ikan bilis akak. Akak beri nama Sambal Podeh.  Sambal Ikan Bilis Kak Amnah  diberi nama Sambal Mak. Hehhe. Mmg sedap. Kalau nak cuba klik sini. Akak ni bab kalau makanan sedap mmg tak pernah tipu. Hehhe . Cuba la. Tak akan pernah menyesal kalau cuba. Hahaha Promote ni!!
 Sambal MAK
Sambal Mak

Ok.sambung balik..

sambal podeh
Ni sambal Podeh akak. hehe

Akak buat sambal ni tak lama. Sebab penat hahha. Walaupun permintaannya Alhamdulillah. Tapi sangat penat kalau buat sambal ini. Sebab nak masak sangat lama. Lepas tu akak ambil keputusan untuk Buat KIMCHI. Kenapa KIMCHI?????? Bukan la ramai sangat pengemarnya pun. Peminat cerita Korea pun ada yang tak nak makan. Sebab sayur. Ramai yang tak suka sayur kan. Tapi percayalah!!! Cuba Kimchi akak. Pasti anda akan jadi minat dengan KIMCHI.. hahhahahhahaha… perasan sedap sikit.

Walaupun Kimchi ni pelanggannya tak seramai sambal bilis, ialahkan Kimchi ni kan makanan luar. Rasa pun ada yang kata pelik. Tapi ia tetap ada penggemar yang tersendiri. Nak cari yang Halal ada di pasaraya, Cuma ramai yang was-was , sebab semua tulisan korea, Nak baca tak paham. Akak ambil peluang ini dan menganggap ia satu Fardu Kifayah bagi akak untuk memberikan pilihan halal kepada pengemar Kimchi. Mmg jika di Online pun ada juga penjual Kimchi, tapi apa salahnya kita memberi pilihan lagi untuk pelanggan mencari kimchi terbaik dan sedap bagi meraka.

Pernah suatu ketika, akak ditanya oleh pelanggan, apakah yang membuktikan Kimchi akak benar-benar halal?  Yelahh kan. Tak der langsung tanda halal. Halal Jakim tak der. Apa buktinya?? Akak berterima kasih kepada customer tersebut.( Lupa Pulak nama dia) Betul untuk membeli makanan halal, kita kena betul betul teliti. Sebab makan tu akan jadi darah daging.  Akak kata halal tapi tidak dibuktikan dengan logo Halal Jakim.

Akak jawab dengan pelanggan tersebut dengan menyatakan Halal yang saya berikan itu ialah Halal perjanjian saya dengan Allah. Saya Muslim, Saya hanya menggunakan bahan-bahan yang di benarkan Islam dan halal. Ia fardu kifayah buat saya untuk memberikan pilihan Halal kepada pengemar kimchi. Terpulang kepada pelanggan jika masih tak yakin dengan Halal saya. Saya mmg tidak ada Halal Jakim, kerana Kimchi saya adalah “Homemade” bukan ada kilang. Gitulah lebih kurang jawapannya, Alhamdulillah..

Kenapa QOLBI KIMCHI?? Hehe nama macam sedikit arab. Gabungan arab dengan Korea ke? Hahha Ok. Akak nak cerita sikit, nama QOLBI ni ialah nama anak akak. QAIRA TSAMARATULQOLBI. Akak ambil Qolbi tu. QOlbi tu maksudnya Hati.  Maka QOlbi Kimchi maknanya Kimchi dihati. Lebih kurang la gitu maksudnya. Akak mengharapkan bila semua yang makan Kimchi Akak akan sentiasa ingat dan semat di hati. Bila nak beli Kimchi

Alhamdulillah.. setakat ini Allah hantarkan akak dengan pelanggan yang baik hati. Nak tgk Testimoni. klik sini

Ingat hati.. Ingat QOlbi. Hehe Buleh tak?? Buleh la gitukan..
So itu lah lebih kurang cerita macam mana akak boleh terjebak jual Kimchi. Fardu Kifayah untuk kita memberi pilihan kepada umat Islam mencari yang halal.



Qolbi Kimchi


Waaa.. rajin plak akak tulis ari ini..

Nak cuba QOLBI KIMCHI??

Meh watsapp/sms akak

01132033313

01132033313

Kak Julia.

Akak sentiasa menanti watsapp anda..

Semoga Anda semua dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah. Amin

No comments:

Post a Comment